Taklimat PID dan ICT bersama orang asli Tambak Dapur

Pusat Internet Desa Pagoh bersama JKKK Kampung Jayor telah mengadakan satu taklimat ICT dan PID bersama masyarakat orang asli Kampung Tambak Dapur di Pagoh. Komuniti ini telah dijemput hadir ke Balai Raya Kg. Jayor untuk menghadiri taklimat tersebut. Taklimat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada mereka. Mereka begitu bersemangat untuk mendapatkan latihan di PID Pagoh. Untuk makluman, Kampung Tambak Dapur mempunyai lebih kurang 100 orang penduduk dan merupakan salah satu kampung rangkaian kepada pentadbiran Kg. Jayor. Kebanyakan mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang ICT dan PID merasa terpanggil untuk mengenali dan mendekatkan mereka dengan PID. Pada malam itu , seramai 20 orang masyarakat orang asli telah mendaftar untuk kelas komputer. SYABAS!! Kelas untuk pelajar sekolah diadakan pada waktu siang dan kelas untuk yang bekerja dibuat pada waktu malam. Kami juga berkesempatan mengenali dengan lebih mendalam tentang keadaan sosio dan ekonomi masyarakat ini. Usaha ini diharap dapat menjadi titik tolak kepada masyarakat orang asli yang celik IT seterusnya merapatkan jurang digital antara mereka dan masyarakat luar.
Taklimat Pengurus PID Steady...!!


Seminar e-Learning Score-A

Sempena GEW '09 ini juga PID Pagoh telah mengadakan seminar e-learning bersama seorang usahawan berjaya KUSPID Pagoh iaitu CIkgu Rafizah Ibrahim dan suami beliau En. Nasran. Program yang dinamakan Score A ini mendapat pengikitirafan daripada Kementerian Pelajabran dan beberapa tokoh ilmu terkemuka. Ianya terbukti menjimatkan dan berkesan melalui testimoni yang diberikan. Selain daripada penjadi pelengkap kepada sistem pembelajaran, ia juga memberi peluang kepada ibubapa untuk menjana pendapatan..anak - anak Score A dalam peperiksaan, ibubapa Score RM$$!! Untuk makluman PID Pagoh juga telah menjadi rakan niaga untuk program Score A ini. Bagi PID lain yang berminat untuk menjadi rakan niaga, bolehlah menghubungi kami ya. :) Sedikit gambar untuk tatapan anda..


Bengkel facebook dan blogspot

Antara aktiviti lain yang dibuat ialah bengkel facebook dab bengkel blogspot. Peserta semua excited nak belajar facebook ni..sebelum ni dengar je pasal facebook tapi tak penah tgk dan tak pernah pakai.. ni la peserta - peserta yang terlibat dan sekarang dah ada facebook dan blog masing-masing.


Bengkel Internet dan emel

Bengkel Internet dan email disertai oleh lebih kurang 6 orang peserta yang dipilih oleh PID Pagoh masalah kekurangan komputer. Tapi sukses jugak..semua happy dan teruja!! :) Beberapa keping gambar untuk dikongsi :-



GEW '09 di PID Pagoh

Salam 1Malaysia! Pada 16 - 22 November yang lepas PID Pagoh juga tidak ketinggalan untuk bersama - sama 41 PID lain di seluruh Malaysia dalam menjayakan Minggu Keusahawanan Global (GEW) bagi tahun 2009. Beberapa aktiviti menarik telah diadakan di PID Pagoh bersama peserta - peserta GEW tahun ini. Walaupun pengurus masih lagi cuti bersalin, alhamdulillah aktiviti - aktiviti GEW dapat juga dijalankan. Antara aktiviti yang diadakan seperti Bengkel Internet dan Emel, bengkel facebook, Seminar pembelajaran online, taklimat PID dan ICT bersama orang asli Tambak Dapor dan beberapa aktiviti lain.

Apa itu Minggu Keusahawanan Global (GEW) ?

Untuk tempoh seminggu, berjuta-juta belia dari seluruh pelusuk dunia akan menyertai aktiviti yang semakin berkembang ini bersama kumpulan usahawan mereka untuk menjana idea-idea baru dan untuk mendapatkan kaedah untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik. Negara-negara merentasi enam benua akan bersama - sama merealisasikan Global Entrepreneurship Week, satu inisiatif yang diilhamkan untuk golongan muda untuk menjadi lebih inovatif, imaginatif dan kreatif. Untuk berfikiran besar. Untuk menjadikan idea-idea mereka menjadi realiti dan kebanggaan mereka.
Daripada 16 - 22 November 2009, Global Entrepreneurship Week akan menghubungkan orang muda di mana-mana melalui aktiviti-aktiviti peringkat komuniti, negara dan global yang direka untuk membantu mereka meneroka potensi diri mereka sebagai perintis dan penginovasi. Pelajar-pelajar, pengajar-pengajar, pengusaha, pemimpin-pemimpin perniagaan, pekerja-pekerja, pemimpin-pemimpin bukan berasaskan keuntungan, pegawai kerajaan dan orang ramai akan turut serta dalam berbagai aktiviti, baik dalam talian mahupun secara bersemuka, dan daripada pertandingan dan peristiwa berskala besar mahupun sekecil kecil jaringan perhubungan.

Melalui inisiatif ini, generasi usahawan akan datang diharap akan mendapat inspirasi dan idea daripadanya. Di samping itu, mereka akan beroleh pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan rangkaian-rangkaian yang diperlukan untuk menjadi usahawan yang inovatif dan lestari, yang dapat memberi kesan positif pada mereka, keluarga dan komuniti setempat.

Minggu Keusahawanan Global 2008 yang lalu merupakan satu kejayaan besar dan contoh yang sangat baik tentang apa boleh dicapai dengan hasil perkongsian idea dan budaya berbeza. Pada 2009, sasaran GEW ialah untuk menjana idea-idea dari golongan muda sekitar isu-isu kritikal dan penting kepada masyarakat, daripada pengurangan kemiskinan sehinggalah perubahan iklim, dan menjadikan keusahawanan sebagai satu agen perubah atau pemacu kepada perubahan ekonomi dan sosial yang lebih baik.