Pusat Internet Desa Pagoh bersama JKKK Kampung Jayor telah mengadakan satu taklimat ICT dan PID bersama masyarakat orang asli Kampung Tambak Dapur di Pagoh. Komuniti ini telah dijemput hadir ke Balai Raya Kg. Jayor untuk menghadiri taklimat tersebut. Taklimat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada mereka. Mereka begitu bersemangat untuk mendapatkan latihan di PID Pagoh. Untuk makluman, Kampung Tambak Dapur mempunyai lebih kurang 100 orang penduduk dan merupakan salah satu kampung rangkaian kepada pentadbiran Kg. Jayor. Kebanyakan mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang ICT dan PID merasa terpanggil untuk mengenali dan mendekatkan mereka dengan PID. Pada malam itu , seramai 20 orang masyarakat orang asli telah mendaftar untuk kelas komputer. SYABAS!! Kelas untuk pelajar sekolah diadakan pada waktu siang dan kelas untuk yang bekerja dibuat pada waktu malam. Kami juga berkesempatan mengenali dengan lebih mendalam tentang keadaan sosio dan ekonomi masyarakat ini. Usaha ini diharap dapat menjadi titik tolak kepada masyarakat orang asli yang celik IT seterusnya merapatkan jurang digital antara mereka dan masyarakat luar.
0 comments:
Post a Comment