Apa itu Minggu Keusahawanan Global (GEW) ?

Untuk tempoh seminggu, berjuta-juta belia dari seluruh pelusuk dunia akan menyertai aktiviti yang semakin berkembang ini bersama kumpulan usahawan mereka untuk menjana idea-idea baru dan untuk mendapatkan kaedah untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik. Negara-negara merentasi enam benua akan bersama - sama merealisasikan Global Entrepreneurship Week, satu inisiatif yang diilhamkan untuk golongan muda untuk menjadi lebih inovatif, imaginatif dan kreatif. Untuk berfikiran besar. Untuk menjadikan idea-idea mereka menjadi realiti dan kebanggaan mereka.
Daripada 16 - 22 November 2009, Global Entrepreneurship Week akan menghubungkan orang muda di mana-mana melalui aktiviti-aktiviti peringkat komuniti, negara dan global yang direka untuk membantu mereka meneroka potensi diri mereka sebagai perintis dan penginovasi. Pelajar-pelajar, pengajar-pengajar, pengusaha, pemimpin-pemimpin perniagaan, pekerja-pekerja, pemimpin-pemimpin bukan berasaskan keuntungan, pegawai kerajaan dan orang ramai akan turut serta dalam berbagai aktiviti, baik dalam talian mahupun secara bersemuka, dan daripada pertandingan dan peristiwa berskala besar mahupun sekecil kecil jaringan perhubungan.

Melalui inisiatif ini, generasi usahawan akan datang diharap akan mendapat inspirasi dan idea daripadanya. Di samping itu, mereka akan beroleh pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan rangkaian-rangkaian yang diperlukan untuk menjadi usahawan yang inovatif dan lestari, yang dapat memberi kesan positif pada mereka, keluarga dan komuniti setempat.

Minggu Keusahawanan Global 2008 yang lalu merupakan satu kejayaan besar dan contoh yang sangat baik tentang apa boleh dicapai dengan hasil perkongsian idea dan budaya berbeza. Pada 2009, sasaran GEW ialah untuk menjana idea-idea dari golongan muda sekitar isu-isu kritikal dan penting kepada masyarakat, daripada pengurangan kemiskinan sehinggalah perubahan iklim, dan menjadikan keusahawanan sebagai satu agen perubah atau pemacu kepada perubahan ekonomi dan sosial yang lebih baik.

0 comments: